Saturday, September 12, 2009

RamadHAn dan ABAH:: menguji kekuatanku

entri nih dipetik dr blog my sis (dahliajournal.blogspot.com)
... aku xde kudrat n kekuatan nak ceritekan how my dad leave me....

Kalo diikut kalendar Islam, hari ni, 3 Ramadhan…genap setahun abah pergi meninggalkan kami..

Teringat? siapa yg xteringat…Mama lagi tambah sedih..tp xnak tunjuk pada anak2..aku tau bila dia jd kurang selera..tambah2 bulan Ramadhan ni..

Setahun yg lepas…

Aku sekolah sesi petang, so jam 10 pg aku akan ke sekolah. Pagi tu aku xsempat apa nk berbual dgn abah..Mungkin aku terlalu sebuk dgn dunia aku waktu tu…Arwah abah bawak Ninin ronda naik moto mcm biasa..Saat dia nk tinggal nak gi keje, mmg nampak dia ralat sikit dgn ninin.


Aku ptg tu balik je dr sekolah, singgah umah K. Azam tlg tgk2 stimix line dia problem..Itupun dia ajak berbuka situ..Nasib la aku takut nk balik memalam, aku terus balik..sampai umah kull 6.30..

Mama tgh kepeningan kat luar umah, suh aku masuk tgk abah..Abah ada atas kerusi, baru pas mandi, tekan2 dada dia…Aku xterkata apa…xtau nk buat apa…

Abh baring, mama gosok2 dada abah..Then abh ckp nk buang air…dia bangun tp terjatuh..nampak sgt tidak berdaya…kami papah dia..dia jatuh lagi depan pintu bilik dia..Masa ni mmg kami dah risau sgt, Nureen dah menangis sbb tok bah dia jatuh..

Tiba2 abah digagahkan juga, bangun sendiri, masuk toilet, buang air..dan bangun keluar sendiri..Allah bg kudrat terakhirnya waktu itu..Last sekali, dia menuju ke katil, berbaring, tidak bangun2…

Aku masih no point apa yg berlaku…xterpikir yang itudetik terakhir aku boleh bercakap, berbual dgn abah..mama call p.cik busro dgn p.cik rahmat…diorg dtg, tgk2kan keadaan abah..diorg ckp abh gastrik…kami dah suh abh buka puasa, tapi abah xnak, sayang katanya…

Saat azan maghrib berkumandang, hanya kurma, air dan air milo yg abah minum sebelum dibawa ke hospital.. Aku ikut abah naik ambulans…Masih lagi tak terpikir itu saat terakhir untuk aku berbicara denganNya..

Sampai hospital, masuk EMERGENCY…lepas seketika, kuar doktor India yg experience ckp pd aku, abah kena Heart Attack…Dia dah stabil, tunggu Doktor Perubatan utk check..Lepas ni masuk CCU, dia suh aku pastikan abah berehat selepas ini…Jangan kerja2 dah…Aku inform semua…semua nak balik…Betapa diorg risau dgn keadaan abah masa tu..Tapi aku, masih percya yang abah aku kuat, abah mampu lawan…

Sementara menunggu, satu lagi keluarga yg ada kat situ menunggu mayat… Dan mmg xterlintas di fikiran aku bahawa aku juga akan mcm tu…Mama,Along, Ninin sampai dengan jiran2 lain memenuhi perkarangan HTAA tu…

Doktor panggil kami…Abah dalam keadaan kritikal ? 50-50 dan keadaan semakin teruk….Mama dah menangis..aku masih boleh bertahan…Abah kuat….Dan aku yakin dgn kata2 doktor td…Kenapa skrg 50-50? Aku pujuk mama, pujuk along…aku sms pd semua org kampung utk doakan abah…Mereka semua dlm perjalanan… Adik2ku pun sama..

Tak lama lepas tu, kami sekali lagi dipanggil…

“ Kami dah cuba mcm2 jenis ubat, tapi masih xberjaya nk selamatkan”

Masa tu, mmg gugur jantung aku…Baru aku sedar, aku xmungkin akan dengar lagi suara abah, bergurau dgn abah, dgr abah marah kami…Dah xde…dan seingat aku, aku xprnah kata pada abah, bahawa aku sayang padanya…Ayat yg pertama aku kuarkan

“ Mi xpernah ckp mi syg kat abah ”

sesungguhnya saat aku menaip ini, air mata aku mengalir… Ya ALlah, tabahkanlah hatiku..jangan biar adik2 ku merasa kesedihan ini lagi..

Aku pergi pd abah, raut mulutnya, kiamkan tangannya…Aku peluk, aku dakap dia sungguh2…saat ni mama pulak yg pujuk kami..

Sampai keluar, along masih lagi xpercaya, masih lagi xdpt menerima kenyataan..Aku xtau mcm mn nk bgtau adik2ku yg dlm perjalanan…Mama pesan “ jangan beritahu, biar diorg sampai dulu “

Setelah berbincang, aku tinggal di hospital utk membawa pulang jenazah, along dan mama balik untuk kemas rumah… Masa menungu…mmg aku rasa lost sgt…air mata tetap ku tahan…Sbb aku tau, aku kena kuat utk mama, utk along, utk adik2..

selesai urusan, saat di rumah mayat utk membawa pulang jenazah juga saat memilukan..Penjaga situ memanggil waris si mati…

“Ni ayah awak?”

“Ya, ayah saya!” Hati menahaan sebak…

Dalam van jenazah, aku sebelah dgn jenazah abah, ema call…

“ Kak Mie, abah macam mana ”

“ Abah ok…”

“ Kak Mie, jangan tipu..Kalo abah ok, kenapa semua org kampung nak gi umah kita? “

“ La abah ok…” aku gelak2 kecil utk sembunyikan sebak..

Sampai di umah, 11.30 malam…Semua rakan2 dan sahabat handai dah penuh rumah…Jenazah abah diletakkan di ruang tamu sliding door…terbaring kaku di situ…semua membacakan Yasin tp keuzuranku waktu itu membataskanku….hanya alfatihah mampu kesedekahkan…

Mama dlm terkejut igt nak kebumikan abah malam tu jugak tetapi bila teringatkan adik2 yg masih dalam perjalanan, ditangguhkan pada 10.00pg esok..janji dgn org surau utk mandi jam 8.30 pg..

Abe sampai dulu mlm tu… Aku tau, dia pasti terkejut melihatkan jenazah abah terbaring kaku…Nasib Pok Har ada ..kalo x, mmg dia kata dia rasa nak gugur… Dia masuk…Salin baju dan bacakan yasin, ditahan air matanya…

“ Aku dah agak masa masuk lorong td… pakcik Jamal sms aku ckp banyak2kan bersabar ”

Adik sampai dgn Abg Shah n family…Aku suruh Abe kuar utk jemput adik supaya dia xmenangis…Ayah Abg Shah park betul2 straight dgn arwah abah…Muka adik masa tu mmg dh pucat ..Aku pegang dia, peluk dia…

“ Adik, kalo adik nak nangis, nangis dulu kat luar ni..Dah masuk nnti jangan nangis, Kesian abah.. ”

Adik angguk, kesat matanya yg brgenang..Ditahan dalam2 dan dia lantas masuk ke rumah…tukar baju, ambil air semayang dan baca yasin di blh Abe dan Along..

Next, tunggu ketibaan Mija…dia dr Penang..masa dia hampir2 sampai, dia sms ,

“ Napa xcakap kat aku abah dah x? “

Aku xreply sms…biarkan dia dlm tandatanya…

Aku dgn adik gi jemput mija depan Sg Isap…dia turun dr bus, dia masuk kete…

“ Mija dah tau kan? “

Dia tabah…menangis,tp masih boleh ditahan…Mungkin dah banyak menangis dlm bus td..Aku biarkan sahaja dia…

“ Aku dah tau dah, fazlee msg aku td “

“ Xperlah mija dah tau…Pasni sampai, bc yasin utk abah ya..nak nangis, nangis skrg..” Masa ni mmg aku rasa, aku seorang kakak..Kakak yang xsanggup melihat kesedihan itu..

Lepas mija sampai, sedara mara dr Kelate mula sampai…Alhamdulillah, mereka hadir memberi penghormatan akhir buat abah… Adik2 abah, Pok Long, Tok Mek pun ada… Melihatkan sebuah kepergian..

Jam 5.00pg, aku dan adik ke Terminal, utk jemput Erd…Adik2 yg lain boleh aku tahan lagi diorg tapi Erd, dia mmg kesayangan abah, dan dia mmg manja dgn abah mama…

Dia masuk dlm kete,

“ Ema, kak mie nak ckp ni…ema kena tabah, sabar ya…”

Dia hanya hmmm….seolah2 tunggu apa yg bakal kucakapkan dan mungkin jugak sudah bermain di mindanya …

“ Abah dah xde “

Lepas pada tu, tiada apa yg aku dengar, hanya raungan dia… tatkala itulah juga baru kulihat air mata kesedihan adik…. aku? memang aku xmampu nk tahan… adik pula bertindak memujuk

“Mung janganlah mcm ni..kalau mung gni, aku pun sedih…Mija lagi sedih mung tau…kita boleh gak puasa dgn abah kelmarin tp mija lagi lama xjumpa abah”

Saat ni mmg nampak kematangan adik…boleh dia memujuk kakaknya…

Erd mmg masuk umah, masih menangis … peluk mama, tetap menangis, peluk semua org…Saat dia bacakan yasin, aku yg berada dekatnya, memeluknya…Yang lain dh duduk di keliling abah…Aku meriba Nureen, memeluk Erd…biar dia lepaskan segala kesedihan dia…

Pagi tu lantas berlalu pergi…Orang surau dtg tepat jam 8.00 pg utk memandikan jenazah…Alhamdulillah tiada apa2 kesulitan..Mandi dan kapan berjalan dengan lancar…

Sebelum di bawa utk dikebumikan, kami dibenarkan melihat arwah dn menciumnya buat kali terakhir.. itulah kali terakhir aku sentuh abah, aku lihat abah…Masa tu juga, nasib Tok Ayoh, Ayoh Sue dan Moksue sempat sampai sebelum abah dikebumikan...dapat jugak Tok Ayoh tgk menantu kesayangannya…

Abah selesai dikebumikan dan selesai talkin dsb jam 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kg Pandan 2 (Blkg R&R)…..

Abah, kepergianmu kami redha….Semoga Allah tempatkan abah di kalangan orang yg beriman dan beramal soleh..InsyaALLAH..

Mawi - Ayah Aku Rindu Padamu
Ayah..aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saat ku meniti kejayaan ini
Ayah..aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak daya ku membalas jasa dan budimu
Tanpa kamu hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
tak dapat ku membalas jasamu di dunia ini
Di pagi raya
ku pohonkan kemaafan, keinsafan
ku doakan agar rohmu
dicucuri rahmat Ilahi
oh ayah...
Tanpa kamu hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku
tetap redha apa yang mendatang
Di pagi raya ku pohonkan kemaafan, keinsafan
ku doakan agar rohmu
dicucuri rahmat Ilahi
oh ayah...
Ayah..aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saat ku meniti kejayaan ini
Ayah..aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini
ku merinduimu...

CouRage

mama...ema rindu abah sgt2...kan besh kalo abah still ada lagik..tgk mija convo...tgk ninin dah aktif banyak cakap...tgk ema yang makin banyak bwk masalah...lastly kite leh sambut raye same2...thn nih kami xdpt raye same ngan abah lagik...sedey...rindu sgt kat abah...abah suke makan lontong kan waktu raye???abah...rindu sgt2...hope will see u even in dreams...for just 2 say how i miss u..n how i really love you....

skang...sebab ema hidup..sebab ema kuat..sebab mama je..kalo mama xde ema xtahu ema jadik camne lagik pasnih...