Friday, September 15, 2006

ku menunggu

31.12.05


ku begini seperti selalu
membilang waktu berlalu
entah berapa lama aku tak sedarinya
berapa lama harus menunggu
aku mimpikan suram cahaya
bertukar cahaya indah
semoga tiba hari
bersinar ruang hati
menyuruh arah jalan kembali
ku tunggu angin perubahan
barat utara timur selatan
meniti doa malam dan siang
teranyam semula ikatan
sayang semua hanyalah mimpi
kenyataannya langit dan bumi
aku di sini engkau di sana
sayup jauh terpisah
entahkan kerana sayangku
ataupun kerana sabarku
ku menunggu
air mata dan senyuman
antara mimpi dan harapan
adalah rindu semilu menghiris kalbu
yang terlalu menyayangi
dan akhirnya terkorban diri
menyedari itu aku putuskan
pasrah segalanya pada TUHAN
masih lagi seperti selalu
membilang waktu berlalu
semoga tiba hari bersinar runag hati
menyuruh arah agar kembali

No comments: